Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pemulihan

| No comment yet
TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

1. PENGENALAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.


2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:

2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.

2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus
yang dihadapi oleh murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan
memerlukan..

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran
asas 3M.

2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru
pendamping ” sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid
yang menghadapi masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan
latar belakang murid.

2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi
kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari
Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1
hingga 3.

3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.

3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.

3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:

3.4.1 Laporan prestasi murid.
3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.
3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana
keadaan memerlukan.

3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid
pemulihan di sekolah. 

Ciri-ciri Kanak-kanak pemulihan

| No comment yet
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku

i. Perasaan rendah diri.
ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.


Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi

Apa itu pemulihan ?

| No comment yet

APA ITU PENDIDIKAN PEMULIHAN?


Konsep
Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah.
Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain). 

Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan 
- Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat   
  penilaian awal atas mereka. 
- Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil. 
- Kurikulum yang diubahsuaikan. 
- Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken  
  perinciannya. 
- Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah. 
- Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat
  kepuasan. 
- Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi
  perhatian. 
- Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara. 

Pelaksanaan Program Pemulihan 
- Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara  
  memerhati atau membuat ujian saringan. 
- Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan  
  dengan cara memerhati atau membuat ujian diagnostik. 
- Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi
  pemulihan untuk murid 
- Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan
  kebolehan dan daya penyerapan murid. 
- Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai
  kemahiran yang dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang
  sesuai. 
- Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan
  tujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan
  murid. 

Pendidikan Pemulihan Dalan KBSR Dan KBSM 
- Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan
  kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan
  pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza. 
- Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum
  menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah
  diperlukan bagi pelajar KBSR dan KBSM, 

Langkah-langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa
1. Pengenalpastian Pelajar 
Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa. 
Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar oleh guru.

2. Penganalisisan Masalah 
Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.

3. Perancangan 
Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti. 

Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan
1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar. 
2. Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak 

Mikro Teaching Nor Masayu Abd Raman D20102045388

| 1 comment
Salam kepada semua pembaca. Alhamdulilah berjaya juga proses mikro teaching dijalankan di sekolah saya pada awal oktober yang lalu.Diharapkan para pembaca sudi berkongsi komen dan pendapat bagi meningkatkan mutu pengajaran saya di masa akan datang. Terima kasih daun keladi!